Saturday, December 31, 2011

PB: Amylia dan pelamin mini putih pink, Gombak, 25 Disember 2011

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Satu lagi entri kali ini adalah berkaitan entry Amy tentang sewaan pelamin mini oleh Pn. Linda untuk ahli keluarganya, Amy yang lepas. Nanti anda boleh baca kat sini pula. Ini pula kiriman gambar dari FB Amylia yang bertunang dengan buah hatinya dan dia sedang berposing dengan anak-anak comel, duduk atas bantal tunang/nikah berkaki kerawang tu. Berseri-seri bakal pengantin ni ya...


Untuk Amy dan pasangannya, semoga jodoh anda berdua berkekalan hingga ke jinjang pelamin dan bahagia hingga ke akhirat. InsyaAllah, amin...

Amylia tak lupa letak komen dalam FB dia, dia kata ramai yang kata mini pelamin ni cantik dan lain dari yang lain... Alhamdulillah... Terima kasih Amy dan Linda, atas sokongan yang diberikan...

Kalau ada sesiapa yang berminat, silalah hubungi Amy PB2 ya, untuk bincang dengan lebih lanjut tentang warna tema anda. Untuk mandapatkan mini pelamin yang bajet sesuai dengan bajet anda, Amy kira, pengantin budget2 adalah jawapannya... ;)

Salam sayang,

Amy PB2.

PB: Gambar alas dulang set hijau putih dan serba putih Ana, 25 Disember 2011

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Salam semua...
Hari ni hari terakhir pada tahun 2011 ni kan? Kurang 8 jam lagi kita akan bertemu dengan tahun 2012... Tahun baru diharap dapat memberi kemudahan kepada kita dalam segala pekerjaan atau kehidupan kita, insyaAllah ya....
Oklah, Amy nak kongsikan kepada pembaca semua tentang Pn. Ana yang telah menyewa alas dulang Amy untuk hantaran di sebelah beliau dan suaminya. Post sebelum ini anda semua boleh baca kat sini ya


Atas permintaan kedua-dua pengantin baru yang pemalu, Amy hanya siarkan kiriman gambar hantaran mereka yang dibuat sendiri oleh Ana menggunakan fresh flowers. Kepada Ana dan suami, semoga berbahagia selalu dan dikurniakan keluarga dan zuriat yang menggembirakan, dunia akhirat... InsyaAllah...

Salam sayang,

Amy PB2
 

Monday, December 26, 2011

PB: Mini pelamin putih pink untuk Linda, Gombak, 25 Disember 2011

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Terima kasih Pn. Linda kerana sudi menempah mini pelamin untuk ahli keluarganya, Emy yang melangsungkan pertunangannya semalam. Tema putih dan merah jambu menjadi pilihan yang dinspirasikan daripada mini pelamin putih pink Diyana Ampang Jaya tak lama dulu kat sini. 


Cuma Amy ubahkan sikit dengan meninggikan gubahan bunga di bahagian belakang dan ditambah dengan lampu hiasan. Pn. Linda mahukan warna merah jambu dilebihkan dan Amy campurkan dengan warna putih untuk seimbangkannya. 

Bantal tunang berkaki kerawang menjadi pilihan mereka yang amat sesuai untuk bakal pengantin berbadan kecil atau comel. Kalau yang berbadan comel, dicadangkan untuk duduk melunjur kaki stail bersimpuh untuk elakkan dari kaki lenguh. Kalau untuk pengantin berbadan kecil, molek rasanya duduk bersimpuh atas bantal empuk berkaki tu. :)

Warna boleh disesuaikan mengikut tema masing-masing dan untuk maklimat lanjut, sila hubungi Amy ya.     

Terima kasih Pn. Linda dan keluarga atas kerjasama yang diberikan. Selamat bertunang untuk Emy dan semoga bahagia selalu ya...

Sunday, December 25, 2011

PB: Sirih junjung untuk Majlis Pertunangan Niza, Ampang, 24 Disember 2011

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

 
Terima kasih Niza atas tempahan sirih junjung untuk majlis pertunangannya siang tadi. Semoga sentiasa berkekalan hingga ke jinjang pelamin dan terus bahagia ke hujung nyawa. 

Untuk makluman, sirih ni diperbuat daripada daun-daun sirih segar dan dihiasi dengan bunga kekwa serta bunga melur. Dalam setiap gubahan sirih junjung Amy, akan diselitkan dengan gubahan bunga pinang, gambir, kapur dan cengkih. Bunga terpulang kepada pilihan bakal pengantin. Kalau ada sesiapa yang berminat boleh hubungi Amy untuk maklumat lanjut ya. Boleh dibuat ikut bajet masing-masing...

 Sirih junjung untuk Niza

Oklah, salam sayang dan jaga diri ok!
Amy PB2.

PB: Sewaan alas dulang set putih hijau dan set putih putih, Ana 25 Disember 2011

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Amy Pengantinbudget2 ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Ana dan pasangannya pada esok (majlis akad nikahnya). Terima kasih atas kesudian menyewa alas-alas dulang tu dan semoga Ana dan pasangan sentiasa aman bahagia dan jodoh berpanjangan dunia akhirat, insyaAllah...   

Sunday, December 11, 2011

PB: Kain sampin tenun Terengganu 2 meter suku untuk dijual

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Selamat petang all,
 Amy pengantinbudget2 ingin menjual kain sampin tenun Terengganu berukuran 2 meter suku untuk dijual pada harga sangat tak percaya! Kenapa?



  • Kain sampin asli, tenunan tangan penenun Terengganu 
  • Kain tu belum berjahit lagi, sesuai untuk bakal pengantin yang berbadan besar, untuk pinggang 40 inci ke atas. Kalau pinggang kecil pun ok, kalau suka nak sampin labuh sikit.
  • Harga sangat runtuh sebab harga buka masa beli hari tu RM 5++.00, Amy jual rm RM 429.
  • Belum pernah digunakan dan dibeli di Kuala Terengganu, Terengganu.
  • Warna hijau, biru, kuning, hitam bertenun. Dah lepas majlis kahwin boleh digunakan pada Hari Raya, menghadiri majlis rasmi dan lain-lain lagi.

Kalau ada sesiapa yang berminat, sila hubungi Amy ya...

Salam mesra,
Amy pb2

Saturday, December 10, 2011

PB: Kahwin pandai, jaga anak pandai tak? ;)

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Selamat pagi,
Amy rasa semua orang akan teruja untuk kahwin, tapi adakah kita semua ni betul-betul bersedia untuk menjadi isteri, suami dan menjadi ibu atau bapa kepada anak-anak kita yang bakal lahir nanti?OK, entri kali ni akan panjang sikit sebab ada fakta menarik yang Amy nak kongsikan dengan anda semua...

Bukan apa, persoalan ini memang sengaja Amy utarakan sebab ada sesuatu yang mengusik hati Amy semalam, sangat meruntun jiwa Amy sebagai seorang ibu kepada anak-anak 4 dan 5 tahun.

Kenapa? Semalam ada tazkirah di tempat kerja Amy, memang sebulan sekali akan diadakan sebagai pengisian agama untuk kakitangan pejabatlah kan. Isunya adalah berkaitan MURTAD = KELUAR ISLAM = Murtad termasuk dosa kufur yang merupakan dosa paling besar di sisi Allah taala dan tidak ada lagi dosa yang lebih besar dari dosa kufur. Nauzubillah himinzalik... Mungkin nak semak lebih boleh baca kat internet atau link ini .

Mungkin tak nampak apa pasal dosa murtad ni berkaitan dengan perkahwinan kan? Sebab Amy pun tak percaya pada awalnya bila Hamba Allah yang telah murtad ini dan telah kembali ke Jalan Allah dan mereka menjadi lebih baik dari kita, (alhamdulilah) mengatakan sebab yang agak utama menyebabkan mereka MURTAD = KELUAR ISLAM = Murtad termasuk dosa kufur yang merupakan dosa paling besar di sisi Allah taala dan tidak ada lagi dosa yang lebih besar dari dosa kufur ini adalah sebab kurang mendapat perhatian dan kasih sayang secukupnya daripada ibu bapa.... Haaa, logik ke tak mula-mulanya? Rasa macam tak ada kaitan pun, tapi itulah hakikatnya. Ini disampaikan sendiri oleh adik-adik tu, mereka 3 orang orang sebenar yang telah murtad tetapi telah berjaya dipulihkan oleh Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (PERKID Malaysia) dan maklumat lanjut pasal PERKID ada kat bawah ni nanti ya.

Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (PERKID Malaysia)
Lot 22-2 Medan Bukit Indah
Taman Bukit Indah,
68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel : 03-4280 0730 / 03-9021 3730
Alamat Pejabat Operasi Pemulihan :
Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (PERKID Malaysia)
No. 15 Jalan Sentosa 20,
Taman Desa Sentosa, Dusun Tua,
43100 Hulu Langat, Selangor
Tel : 03-9021 3730, 019-257 2717, 019-356 8914
Presiden : Ust. Masridzi bin Sat
Timbalan Presiden : Ust Hj Hassan Syazili
Naib Presiden : Hj Nordin Ibrahim
Setiausaha Agong : Mohd Shuhaidi bin Mohamad
Emel : sperkidmalaysia@yahoo.com
Bendahari Agong:
Webmaster : Emel : perkidmalaysia@gmail.com


Ketiga-tiga adik-adik tu berkali-kali mengatakan jagalah anak-anak tuan puan semua sebaik-baiknya, beri perhatian secukupnya untuk mengelakkan masalah-masalah ni timbul. Menurut rekod PERKID lagi, banyak kes MURTAD disebabkan oleh bila adanya hubungan cinta dengan selain dari orang beragama Muslim, padahal latar belakang agama keluarga mereka adalah dari orang yang hebat-hebat dalam agama. Raihan pun pernah nyanyikan lagu kan... Iman Mutiara - Iman tak dapat diwarisi, dari seorang ayah yang bertaqwa... Semua tu hanya ketentuan Allah, tak tentu bila keluarga beriman, semuanya akan beriman sama, ini semua kena mohon pada Allah dan buat apa yang dia suruh, tinggalkan apa yang dia larang.
Tapi Amy bukanlah nak menghalang bercinta dengan orang yang bukan beragama Muslim, sebab jodoh tu Tuhan yang tentukan, tetapi perlu persiapan yang kukuh sebagai seorang Muslim untuk membimbing pasangan tu, terutama kalau kita ni perempuan dan pasangan tu suami yang perlu kita bimbing, macam agak mencabar di situ kan... Tapi hidayah Allah, siapalah yang tahu, kan?

Selain tu, banyak kes yang terdiri daripada anak-anak di kalangan ibu bapa bercerai-berai bila ibu terpaksa bekerja keras sara anak, tak dapat kasih sayang bapa, mereka terabai dan mencari kasih sayang dari orang yang salah.  

Ya Allah, bukan senang nak jadi ibu bapa ni sebenarnya, Kita yang perlu corakkan kain putih tu untuk corak apa yang kita nak, Yahudi, Nasrani atau Islam?  

Amy tanya lagi perhatian macam mana yang dia nak sebenarnya, dia kata perlu check siapa kawan anak-anak, check handphone, kalau bagi duit, tanya untuk apa, jangan main bagi jer, buatlah apa yang kau nak!... Patutnya kena luangkan masa mendengar masalah anak-anak, bersiar-siar dan beri perhatian sepenuhnya pada mereka. Sebab kadangkala kita fikir mereka dah besar, boleh fikir dan buat kerja sendiri, tetapi tidak, anak tetap anak, berkawanlah dengan mereka supaya mereka tak berkawan dengan kawan yang tak tentu hala nanti.... 

Oklah, ini sedikit sebanyak apa yang Amy nak kongsi bersama. Mungkin kita tak nampak apalah sangat MURTAD ni, tapi bila MURTAD = KELUAR ISLAM = Murtad termasuk dosa kufur yang merupakan dosa paling besar di sisi Allah taala dan tidak ada lagi dosa yang lebih besar dari dosa kufur, (selain Murtad, membunuh dan berzina juga merupakan dosa kufur), Ya Allah ini sudah terlalu berat. Walaupun sukar untuk dibayangkan hukuman Allah yang tak terperi dahsyatnya....
 Oklah, kita sama-sama baiki diri untuk membina keluarga Sakinah, diberkati Allah, mendapat keredhaan dan rahmat Allah dan tetap keimanan pada Allah, insyaAllah.
Jadinya, jom tuntut ilmu Muslim parenting sebaik-baiknya supaya anak-anak kita nanti menjadi anak-anak soleh, solehah insyaAllah dan boleh mendoakan ibu bapanya bila kita dah tiada lagi nanti, insyaAllah.

OKlah, jaga diri dan salam sayang!
Amy PB2.
                                                                    

Wednesday, December 7, 2011

PB: Lebih 100,000 penyokong Amy pengantinbudget2. Terima kasih semua...

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Alhamdulillah, pembaca belog Amy telah melebihi 100,000 jumlah traffik. Terima kasih atas sokongan tidak terhingga anda semua kepada Amy dan pengantinbudget2, semoga Allah sahajalah dapat membalas budi baik anda semua!...

Nite nite everybody... ;)

Lots of loves,
Amy pb2

PB: Bantal nikah berkaki kerawang, tksh Dayana, Bukit Antarabangsa

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Selamat malam readers...

Alhamdulillah tadi Amy baru ambil semula bantal nikah berkaki kerawang dari Dayana setelah menyewanya untuk majlis pernikahannya pada hari Ahad lepas. Dayana juga menyewa bantal nikah lelaki yang tebal dalam  7 cm tu, lebih tebal dari biasa (chewah mcm iklan radio pulak... ;P)

Lebih menggembirakan Amy bila dia sangat suka dengan bantal tu dan kata sangat awesome lah bantal tu dan sangat selesa bila Dayana duduk masa berdebar menanti upacara akad nikah berlangsung. 

Dayana kata bantal tu best sangat sebab kalau bantal lain bila duduk lama-lama boleh sengal kaki, tapi tidak dengan bantal nikah tu. InsyaAllah bila Dayana dah emailkan gambar majlis nikah dia pada Amy, Amy akan usahakan untuk upload gambar tu nanti k.

Selamat malam dan semoga dibuai mimpi indah malam ni...Jaga diri dan sayang semua!!! ;P

Amy PB2

Friday, December 2, 2011

PB: Pastikan ada orang tua yang handle majlis kahwin anda ya!

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Selamat malam semua,

Ni ha, Amy pengantinbudget2 baru teringat nak titipkan pesanan ni kepada para b2b yang sedang berdebar-debar menghitung hari naik pelamin terutama pada musim cuti sekolah ni untuk pastikan ada makcik/orang tua yang boleh dijadikan rujukan atau memberi pandangan dan nasihat tentang perjalanan majlis.

Bukan apa, baru-baru ni Amy hadiri satu jemputan kahwin. Semuanya nampak ok tibalah saat kami sampai, pengantin yang masih belum berarak lagi nampaknya tak dapat control kegembiraan dia telah "mengexpose" diri dia di hadapan para tetamu. Yang pada Amy, sebelum bersanding u kena berkurung sekejap dalam bilik menunggu/persalinan sebelum masuk dewan untuk bersanding. Adik pengantin girl ni pun tak setuju pengantin tu buat macam tu..

Selain tu pulak, rombongan yang mengiringi mempelai ke pentas tidak didahului oleh orang tua.... dan mungkin signal kurang jelas makanya perarakan pengantin masuk dewan nampak kucar kacir sikit.
Amy memang mengaku dalam majlis persandingan susah sikit nak kawal sebab semua orang sibuk tetapi oleh sebab Amy dah nampak keadaan tu, itu yang Amy nak nasihatkan kat b2b sekalian supaya rancang perjalanan majlis dengan teliti dan silalah bertanya kepada makcik-makcik atau orang yang lebih tua macamana cara yang lebih manis untuk dilakukan pergerakan majlis.

Bila diingat semula, Amy sudah diberi warning oleh makcik Amy supaya jangan senyum sampai telinga, jaga perlakuan diri masa atas pelamin, jangan cakap-cakap dengan suami kita atas pentas supaya tak nampak ghairah sangat! hehehehe... Mungkin sekarang dah lain sikit trend tapi pada Amy sebenarnya nampak kurang sopan jika mempelai mengabaikan tip-tip penjagaan diri semasa/sebelum berarak ke pelaminan.
Mungkin ada yang nak kongsi pendapat dengan Amy kat sini. Silakan yaa! Marilah kita sama-sama baiki mana-mana yang boleh untuk kesejahteraan bersama. Apapun, tq readers for spending your time read this post, which i intended to do it long time ago!...

Sweet dreamzs darlings.....

Love, 
Amy pengantinbudget2
EasyToBook - Online Hotel Reservations

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels

Pengikut setia tqvm ;)

Pengunjung Pengantin Budget2~Terima kasih

hit counter