Thursday, March 29, 2012

PB: Persiapan kahwin kita dulu dan kat mana nak beli barang...

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Hello semua,

Ada yang masih belum tidur lagi ya, rajin betul cari maklumat untuk persiapan tunang/kahwin kan? Bagus-bagus, masa Amy nak kahwin dulu memang macam nilah, bersengkang mata buat persiapan. 

Paling Amy ingat, lepas selamat saja bertunang, terus Amy siapkan gift untuk close friends/keluarga terdekat dan kawan-kawan rapat mama papa. Amy bertunang bulan 9, nikah bulan Jun tahun depannya. Dapatlah Amy buat dalam 400 lebih gifts potpuri. Ingat lagi, beli barang dari Chow Kit, Kedai Vivian dan kawasan sekitarnya... Sesiapa yang pernah beli barang kat Vivian mesti tau kedai dia ni. Sekarang ni siap boleh hutang-hutang bayar ansuran lagi untuk hantaran ataupun wedding gift kalau tak silap. Macam-macam pakej ada sekarang ni...

Lepas tu dah sibuk tempah mak andam, katering dan lain-lain. Hantaran, buat sendiri tapi last-last minit juga kakak sepupu tolong touch upkan sebab masa tu dah penat sangat sampai tak boleh fikir dah... penat yang teramat. Sirih junjung pula, belum siap lagi padahal nak nikah lepas Asar, sebelum Zuhur alas sirih junjung pun tak kelihatan. Punyalah penat sampai dah tak boleh fikir...

Mak andam dan fotografi Amy ambil dengan Difi Beauty kat Sentul. Pada Amy oklah bayaran dan servis dia, sebab kita ni pengantin budgetkan? Sedangkan kalau ikutkan hati nak pakai baju Butik Syahirah yang sangat terkenal dengan baju pengantin dan tudung masa tu tapi sebab mahal, tak mampu den dan terus lupakan saja hastrat tu... (Cedey...). Tapi Amy rasa sekarang dia dah tukar nama kot dan banyak dah butik-butik yang yang tawarkan pakej kahwin yang cantik untuk pengantin bertudung. Kalau tengok kat majalah Pengantin, dia ada letak iklan kat situ tak silap. Rasanya pakej dia masih murah lagi kalau nak dibandingkan dengan yang lain. Cubalah buat survey kalau nak tengok kan? 

Katering dan khemah, tempah pada jiran yang kebetulan makcik tu mak kawan adik Amy. Senang cerita nak minta tambah masakan pun senang kan...

Untuk majlis bertandang pula Amy sewa baju dan aksesori lengkap dari Teratak Mempelai yang masa tu tengah buat sale untuk baju songket. Tak silap RM 450 untuk baju songkat (P shj) dengan tudung dan kasut. Memang ingin sangat pakai songket sebab Amy ni berjiwa tradisional. Sampaikan ada tetamu mak mertua tanya, tak panas ke pakai songket, Amy jawab jer tak, sebab seronok sangat dapat pakai baju yang kita suka.

Lepas tu, bulan madulah pula kita kat Johor Bahru, Hotel 4 bintang, 2 hari semalam jer... hehehehe.. asalkan ada... Suami bawa ke tempat-tempat dia membesar dulu... 

So, itu serba sedikit persiapan kahwin Amy pada tahun 2005 dulu. Alhamdulillah banyak pahit manis. asam garam yang telah kami tempuhi sepanjang masa itu dan hingga kini masih belajar untuk mengenali pasangan kita seadanya. Memang akan sentiasa ada lidah tergigit, pergaduhan manja yang perlu kita tangani dengan cara terbaik untuk keharmonian bersama. Jangan ikutkan kata hati sangat, kadang-kadang perlu mengalah untuk menjaga hati pasangan. Bertolak ansur, saling percaya dan cuba belajar memahami serta selalu berdoa pada Allah agar diberikan kesabaran dan kebahagiaan dalam menempuh alam rumahtangga ni... Komunikasi perlu dijalankan sebaiknya supaya masing-masing faham apa yang tersirat di hati masing-masing.

Oklah, cukup takat ini dulu, nanti kalau rajin Amy taip lagi k, good nite ladies... ;)

Loves,
Amy PB2

 

Thursday, March 22, 2012

PB: Konsep Persiapan Tunang/NIkah/Kahwin Bajet

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

 Selamat malam semua,
Pasti ramai yang nak kahwin, tapi belum cukup duit untuk buat persiapan kahwin besar-besaran macam majlis Lisa dan Yusry atau apatah lagi nak tiru majlis kahwin anak salah seorang tauke kereta mewah Bumiputera yang tersohor di negara kita yang memakan belanja hampir juta ringgit dalam suasana yang gilang gemilang kan? Tapi kalau dapat jodoh dengan orang yang betul-betul berduit tak jadi masalah, yer tak? Cuma kalau pasangan kita dan kita sendiri cukup-cukup untuk keperluan sendiri dan terpaksa ikat perut untuk mengadakan persiapan kahwin, memang menyeksakan pada mulanya. 

Jenuhlah nak tunggu habis hutang (ini kalau berhutang dengan bank untuk buat belanja kahwin) atau selalunya tunggulah dalam 5 hingga ke 10 tahun lepas kahwin, baru hutang kahwin tu dapat dilangsaikan, betul tak? betul tak? Anak dah berderet,hutang baru habis... Adoyai.... Ini serius ya, bukan main-main sebab hantaran pun sekarang melebihi RM 7000, barang hantaran, belum masuk belanja makan , mak andam dan lain-lain...Memang banyak nak pakai duit.. Ini belum kira keperluan kewangan untuk kehidupan lepas kahwin pulak... Adush, pening kepala kalau duit tak cukup untuk tampung semua tu...

 Kalau ikut hukum Islam pun, kita perlu mengadakan majlis kenduri untuk mewar-warkan bahawa pasangan si polan dengan si polan telah diijab qabulkan dan sah menjadi pasangan suami isteri. Jangan pulak nanti Badan Pencegah Maksiat datang serbu pulak sebab jiran-jiran tak tau yang pasangan tu sebenarnya dah kahwin, tak ke haru nanti dibuatnyakan? Lagipun perkara baik, baik untuk dihebahkan, betul tak? 

Cukup dengan mengadakan kenduri jamuan ikut kemampuan asal dapat menyampaikan maksud tentang menghebahkan perkahwinan tersebut.

Tetapi jaman sekarang ni ya tuan-tuan dan puan-puan, konsep seperti itu tidak dipandang dengan cara sederhana. Ialah kita faham juga ramai saudara-mara nak dijemput, rakan taulan, jiran-jiran dan satu kampung/taman ingin dijemput untuk tujuan tersebut. Tapi kalau ikutkan omputih, paling ramai pun 300 ke 500 orang jemputan jer kot? Sebab mereka ni mungkin tak ada keluarga besau macam kita orang Malaysia kot! huhu... Kita pulak tak mahu ada yang berkecil hati sebab tak dijemput, betul tak?

Tak kisahlah, walau macam mana pun, buatlah majlis perkahwinan anda tu nanti MENGIKUT KEMAMPUAN POKET ANDA DAN PASANGAN YA DAN IKHLAS.... Amy sangat kagum dengan Ally Iskandar dan isterinya sebab sempoi sungguh majlis kahwinnya dulu dan insyaAllah mereka tu nampak bahagia jerk. Mungkin berkat tiada pembaziran, buat ikut cara yang sepatutnya terus mendapat barokahnya... Cemburu jer tengok hehehe...  

Apapun, baru sekejap tadi Amy terima komen dari seorang pembaca tentang pelamin mini bajet yang Amy tawarkan yang dikatakan seperti diletak-letak sahaja. Tak apalah, terima kasih kepada saudari/saudara yang memberi komen tersebut. Amy kat sini tak paksa pun sesiapa untuk gunakan khidmat Amy kalau dirasakan tak sesuai dengan selera masing-masing. Amy buat ikut kemampuan Amy sebagai bekas pengantin bajet yang telah berkahwin hampir 8 tahun lepas. Alhamdulillah.... tiada paksaan, adatlah ada yang suka dan ada yang tak suka. Dan bagi yang suka mereka ambil khidmat Amy dan mereka berpuas hati dengan khidmat Amy. 

Ialah, fokus Amy pada pengantin bajet, jadinya orang yang besar bajetnya bolehlah cari pakej yang lebih cantik dari Amy... Neway terima kasih atas sokongan anda semua yang tak jemu-jemu lawat blog Amy. Amy kira ramai juga yang suka baca kot posting Amy ni, sebab banyak juga hits yang Amy dapat setiap hari, walaupun tak sebanyak mana kalau nak dibandingkan melebihi 500 orang pelawat sehari, dah cukup syukur Amy rasakan. Memang banyak persaingan kat luar sana, tapi Amy percaya rezeki tu dari Allah dan turut bergantung kepada usaha kita kan?      

Akhir kata, sudi-sudikanlah komen kalau anda tak puas hati atau berpuas hati dengan khidmat Amy ataupun posting Amy ni... Kalau ada kekurangan minta maaf lah yer... Macam manapun, Amy akan mempertingkatkan lagi hasil kerja Amy ikut kemampuan Amy sebagai part timer dalam bidang ni. Banyak yang Amy belajar dan masih belajar lagi ni... Semoga mendapat berkat dari Yang Maha Esa dan semoga anda semua diberikan kebahagiaan yang dicari yerk!...

Oklah, jaga diri and nite nite k!

Salam Sayang,
Amy PB2.

Saturday, March 17, 2012

PB: Vanilla Coklat dan realiti kehidupan berumahtangga

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Mari kemas kini blog sebanyak mungkin hari ni... ;)
 
Selamat malam semua, Amy suka nak buat entri pasal cerita Vanilla Coklat yang dah habis tu (ala sedey... Amy asyik tengok kat Youtube jerk ulangan citer tu... huhu)



 sebab kemanisan cerita tu yang tak terdapat dalam cerita drama Melayu yang lain. Jom kita tengok dari sudut positif berumahtangga ya...

1. Kahwin ikut pilihan keluarga
2. Bercinta selepas kahwin (walaupun Amir dan Zara macam anjin dan kucin mula-mula tuh.. oh kejam sungguh!!)
3. Mudah beralah (terutama Amir bila Zara marah atau merajuk)
4. Saling pujuk-memujuk jika berlaku pertelingkahan
5. Bertimbang rasa dan bertolak ansur - contoh masa Amir mengalah makan kat luar bila Zara risau result exam dia. & Zara pun belajar cara nak jadi isteri yang baik walaupun dia keras macam kayu masa baru kahwin dulu, pengotor dan tak sekemas Amir)
6. Sentiasa percaya pada pasangan dan tidak mudah curiga. Siasat terlebih dahulu kalau ada sesuatu yang tak best berlaku.
7. Sanggup berkorban untuk suami/isteri dan keluarga dalam usaha untuk memperbaiki keadaan.
8. Perlu ada sokongan kuat daripada keluarga mertua supaya dapat membantu jika ada masalah (terutama bila Daddy dan Papa masing-masing tak nak mengalah)
9. Jangan curang dengan pasangan, sebab semestinya pasangan kita akan cemburu dan kita pun tak mahu kita dicurangi, betul tak?
10. Ada peluang, pergilah honeymoon ke tempat yang mampu untuk kembalikan keindahan hidup berumahtangga
11. Jangan seksa diri dengan tak makan kalau ada sesuatu yang buruk berlaku, supaya keadaan boleh dibaiki dan hidup kita tak terabai.
12. Minta bantuan keluarga terdekat dan bukan mudah mempercayai orang luar yang kita tidak tahu usul periksa niatnya kalau ada masalah.
13. Suami bantu isteri buat kerja rumah, isteri jaga kebajikan suami dengan makan dan keperluan yang diperlukan.
14. Mudah memaafkan pasangan supaya aman rumahtangga 
15. Sama-sama memberi sokongan kalau pasangan belajar/bekerja dan lain-lain untuk memberi semangat supaya terus berjaya.
16. Sentiasa bersangka baik pada keluarga kita sebab mereka selalunya akan memahukan sesuatu yang terbaik untuk anak-anaknya.



Kalau ada sesiapa nak tambah, silalah bagi komen ya...

Apa pun, memang cerita Vanila Coklat ni punya mesej yang tersendiri, boleh buat orang yang dah lama kahwin mahupun baru kahwin, ataupun yang baru bercinta atau belum bertemu pasangan inginkan perjalanan indah macam tu kan dalam meniti kehidupan berumahtangga, betul tak? Semoga Allah memberikan yang terbaik buat kita semua dan bahagia dunia akhirat, amin...

Salam Sayang,
Amy PB2.

PB: Bunga rampai untuk Huda (Lisa Surihani) dan Juliza, Sentul

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Gambar-gambar bunga rampai yang telah ditempah oleh Juliza, Sentul dan Huda (Lisa Surihani). Enjoy ya!


Ini untuk Juliza

Ini pula untuk Huda bagi pihak Lisa

Kalau ada sesiapa yang berminat untuk tempah bunga rampai ni, sila hubungi Amy sekurang-kurangnya 3 hari sebelum majlis untuk memyiapkan bunga rampai ni... Dijamin harum semerbak, insyaAllah...

Love,
Amy PB2.

Mini pelamin pink, maroon + putih untuk Asha, Klang

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Selamat pagi viewers, ;)

Minggu lepas Amy telah selamat buat mini pelamin untuk Asha di Klang dengan tema pertunangan warna maroon/merah hati dengan pink. 

Kami dilayan dnegan baik oleh keluarga Asha dan diberi kerjasama yang sangat baik. Asha, kalau Asha baca entry ni, nanti bagi akak alamat sate tu ya, sedap sangat, kalah sate Hj. Samuri pada pendapat kami... ;) 

OK, ini gambar pelamin mini yang Amy buat dan gambar yang Asha tagged Amy semasa majlis pertunangannya dengan Cik Abang tersayang...

Ini pula gambar daripada FB Asha...



Doa kami, semoga Asha dan tunang menjaga perhubungan dengan baik dan berkekalan hingga ke jinjang pelamin dan bahagia hingga ke akhirat, Amin...

Salam Sayang,

Amy Pengantinbudget2

Saturday, March 10, 2012

PB: Tempahan bunga rampai untuk Juliza, Sentul

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

Selamat pagi semua,

Terima kasih Juliza atas tempahan bunga rampai yang sedang dalam penghantaran. Adik Amy yang hantar seperti yang diminta, untuk digunakan esok. Bila hantar awal sikit, sempatlah nak buat persiapan nak letak dalam bekas ke, nak harumkan bilik pengantin ke awal sikit kan? 
Senang sangat berurusan dengan Juliza dan Amy harap Juliza berpuas hati dengan servis yang diberikan ya!
Walaupun tempahan ni diterima awal minggu ni, nasib baik masih sempat sebab kami perlukan sekurang-kurangnya 3 hari awal untuk membuat segala persiapan. Ialah, nak racik daun pandan tu halus-halus, ambil masa kan, nak-nak lagi dibuat dengan teliti oleh adik Amy tu. Boleh Amy katakan dia ni pakar jugalah dalam pembuatan bunga rampai ni, sehingga kawan-kawan dia kahwin, ramai yang minta dia buatkan. Mekasih Ani!

Oklah, kalau ada sesiapa yang tercari-cari siapa yang boleh buatkan bunga rampai yang jenuh nak buat, tapi bila dah buat memang puashati sebab wangi dia yang semerbak dan harumkan ruang rumah tu, lega rasa hati dan berbaloi dengan penat lelah yang dibuat, sila hubungi Amy untuk tempahan segera ya!

Salam sayang,
Amy pb2.

p/s: InsyaAllah petang ni Amy akan ke Klang untuk pasang mini pelamin untuk Asha, nanti dah siap Amy upload gambar ya. ;)     

Sunday, March 4, 2012

PB2: Selesai tempahan bunga rampai, mini pelamin untuk Asha Klang 11 Mac ni

~Pengantin Budget2 _ Rakan perkahwinan yang dipercayai~

 Salam semua,

Syukur, tempahan bunga rampai dari Huda untuk Lisa telah selamat dihantar. Selepas itu ada bekas client Amy bertanyakan tentang bunga rampai untuk tempahan majlis bulan Ogos kalau tak silap. InsyaAllah, kalau tak ada aral, Amy akan cuba buatkan yang terbaik untuk mereka. 

OK, ini gambar bungkusan bunga rampai yang telah dibuat untuk Lisa... Tapi maaflah gambar daun-daun pandan tu tak dapat Amy ambil sebab adik Amy dah bungkus elok-elok sementara tunggu kawan Lisa datang ambil dari kami. Nanti kalau buka terburai, susah pulak nak kemas balik. Dapat dalam 4 bungkusan kain good morning. Wangi semerbak rumah dek penangan bunga rampai ni. 

Bunga rampai yg telah siap sebelum diletakkan dalam dulang bunga rampai dan untuk merenjis di pelamin Lisa.

InsyaAllah untuk hujung minggu ni, mini pelamin putih pink untuk Asha di Klang akan kami buatkan untuk majlisnya Ahad ini. Bila dah ada gambar nanti Amy akan postkan ya.

Terima kasih untuk sokongan dan kepercayaan anda semua dan semoga hubungan anda dengan bakal suami/suami akan berpanjangan hingga ke akhirat, amin...

Salam Sayang,
Amy PB2.
EasyToBook - Online Hotel Reservations

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels

Pengikut setia tqvm ;)

Pengunjung Pengantin Budget2~Terima kasih

hit counter